TOPIK 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

 Pengenalan 

Kajian tentang kumpulan dan interaksi kumpulan, masyarakat dan interaksi sosial, dari kumpulan kecil dan peribadi kepada kumpulan yang sangat besar. 

Sosiologi Pendidikan

Memberi tumpuan kepada faktor-faktor sosial yang menyebabkan dan disebabkan oleh pendidikan. Ini termasuk kajian faktor-faktor yang berkaitan dengan pendidikan, seperti jantina, kelas sosial, bangsa dan etnik, dan kediaman luar bandar-bandar. 

Perspektif Sosiologi

Mikro

• Kajian melibatkan interaksi individu dan kumpulan kecil 

 Makro

• Kajian melibatkan trend dalam kalangan dan antara kumpulan besar dan masyarakat 

Kepentingan Sosiologi  

Memberikan kefahaman tentang isu sosial dan corak tingkah laku. 

 Membantu memahami bagaimana sistem sosial masyarakat berfungsi   

Membantu mengenal pasti ciriciri persamaan dan perbezaan dalam masyarakat 

Membantu memahami mengapa dan bagaimana masyarakat berubah 

 Teori utama sosiologi 

 TEORI FUNGSIONALISME

 Dipelopori oleh Auguste Comte (1798-1857) 

Menekankan persefahaman ahli masyarakat untuk mencapai keharmonian dan kestabilan. 

Masyarakat dianggap seperti tubuh badan yang mempunyai bahagian dengan fungsi tersendiri

 IMPLIKASI KEPADA BIDANG PENDIDIKAN

 Fungsi yang dimainkan oleh bidang pendidikan adalah untuk memenuhi kepelbagaian keperluan masyarakat

 TEORI KONFLIK

 Dipelopori oleh Karl Marx (1818-1883)

 Konflik dalam masyarakat menyumbang kepada perubahan sosial. 

Asas kepada pembentukan masyarakat terdiri daripada faktor-faktor ekonomi 

 Konflik bukan disebabkan oleh faktor ekonomi semata-mata tetapi mungkin disebabkan agar dipandang tinggi oleh masyarakat (pengiktirafan) 

 IMPLIKASI KEPADA BIDANG PENDIDIKAN 

Pendidikan mewujudkan ketidaksamaan sosial (social inequality) dalam masyarakat.

Sekolah yang berbeza (sumber, kualiti guru, kualiti pentadbir, persekitaran pembelajaran) menyumbang kepada ketidaksamaan sosial dalam masyarakat. 

 Pengelasan pelajar kepada pandai dan lemah, pelajar pandai akan ditempatkan ke dalam laluan yang berbeza dengan pelajar yang lemah. 

 TEORI INTERAKSI SIMBOLIK 

Dipelopori oleh George Herbert Mead (1863-1931).

 Mengkaji makna yang muncul dari interaksi timbal balik individu dalam persekitaran sosial dengan individu lain.

 Menumpukan kepada persoalan "simbol dan makna yang mana muncul daripada interaksi antara manusia?"

 IMPLIKASI KEPADA BIDANG PENDIDIKAN 

Mengkaji tentang interaksi sosial yang berlaku di sekolah.

 TOKOH SOSIOLOGI

 Auguste Comte (1798-1857)

 • Mengasaskan ilmu Sosiologi (Barat) 

• Penyelidikan masyarakat perlu dilakukan secara saintifik dan sistematik

 Karl Marx (1818-1883)

 • Ahli falsafah, ekonomi, dan revolusi yang berasal dari Jerman 

 • Perubahan sosial bukanlah dipengaruhi oleh nilai atau idea, tetapi dipengaruhi oleh ekonomi 

Emile Durkheim (1858-1917)

 • Sosiologi hanya boleh dianggap sebagai sains sekiranya pengkaji menfokuskan kajian kepada fakta sosial

 • Dalam masyarakat moden, pembahagian tugas akan mengambil alih tugas agama sebagai asas ikatan sosial

Max Weber (1864-1920) 

• Strafikasi bukan disebabkan oleh ekonomi sahaja tetapi adalah multidimensi: ekonomi, status dan kuasa 

• Idea dan nilai (selain faktor ekonomi) memberi kesan kepada perubahan sosial 

George Herbert Mead (1863-1931)

 • Konsep simbol penting kepada kehidupan sosial manusia 

• Simbol: perkataan, objek, perlakuan, bahasa 

Ibnu Khaldun (1332-1406)

 • Kajian masyarakat merupakan bidang sains yang berdiri sendiri dan memiliki objeknya iaitu peradaban sosial dan manusia.

 • Membezakan antara masyarakat primitif dan moden, desa dan kota

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TOPIK 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

TOPIK 12 : PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA