TOPIK 2 : INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN
INTERAKSI DALAM BILIK DARJAH
• Interaksi bererti saling tindakan yang berlaku antara sekurangkurangnya dua pihak.
• Pelajar perlu digalakkan untuk berinteraksi dengan guru atau rakan yang lain semasa proses PdPc supaya mereka dapat mengalami sendiri proses pembelajaran.
• Terdapat beberapa jenis interaksi bilik darjah iaitu Interaksi sehala, dua hala, kumpulan, antara kumpulan, dan sosial
INTERAKSI SEHALA GURU-PELAJAR
•Kaedah mengajar cara lama
• Pelajar dipaksa menerima ilmu pengetahuan
•Guru memberi arahan/ penerangan
•Pelajar tiada peluang berinteraksi dgn pelajar lain
•Tidak mengembangkan pemikiran pelajar
INTERAKSI DUA HALA GURU-PELAJAR
• Guru bertanya pelajar menjawab, atau pelajar bertanya guru menjawab
• Interaksi antara rakan sebaya TIADA
• Pelajar menjadi bosan dan rimas
• Guru mendorong pelajarnya untuk aktif
• Guru memberikan ganjaran untuk menggalakkan penglibatan murid
INTERAKSI KUMPULAN (MURID-MURID)
• Berlaku apabila terdapat aktiviti kumpulan
• Bertujuan utk menggalakan penyertaan aktif pelajar
• Kerja berkumpulan diwujudkan supaya pelajar dpt berinteraksi
• Guru hanya menjadi pemudahcara/fasilitator – interaksi guru dengan murid sehala
• Memupuk nilai positif
• Mampu menjana idea yg berkualiti drpd pelajar
• Pelajar yg takut/malu berpeluang berinteraksi dengan rakan
INTERAKSI ANTARA KUMPULAN
• Selepas berbincang dalam kumpulan, boleh diadakan sesi pembentangan
• Kumpulan lain boleh mengemukakan soalan kepada kumpulan pembentang
INTERAKSI SOSIAL
• Sosial sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat, kemasyarakatan, ia juga merujuk kepada persahabatan, pergaulan dan apa saja aktiviti yang dilakukan pada masa lapang.
• Dalam konteks bilik darjah, pendekatan interaksi sosial lebih menekankan aktiviti berkumpulan yang bertujuan mewujudkan perpaduan dan kerjasama antara pelajar.
INTERAKSI PELBAGAI HALA
• Interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid
• Aktiviti PdPc bercorak aktif
• Hubungan antara guru dengan murid dan murid dengan murid dipereratkan
• Peranan murid digunakan secara optimum
• Contoh: Kaedah simulasi, main peranan, dan perbincangan.
INTERAKSI BERKESAN
• Berlaku apabila mesej oleh penyampai diterima dan difahami dengan jelas oleh penerima.
• Sekiranya maksud penyampai disalah tafsir oleh penerima, berlakulah konflik antara keduanya.
CIRI INTERAKSI BERKESAN
• Bersikap positif dan percaya kepada pelajar
• Bersifat ramah dan mesra
• Hormat pada pandangan dan pendapat pelajar
• Ketahui latar belakang pelajar Gunakan bahasa yang mudah difahami
• Gunakan nama pelajar ketika berinteraksi
MAKSUD KONSEP SOSIALISASI
• Proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial
. • Satu proses pembelajaran yang berterusan bermula dari pemindahan nilai dalam keluarga/budaya.
• Apa yang dipelajari ketika kanak-kanak akan menjadi pendirian atau konsep . Semakin dewasa manusia, semakin banyak yang dipelajari hasil dari interaksi.
KONSEP SOSIALISASI
SOSIALISASI PRIMER
• Berlaku dalam keluarga dan memainkan peranan penting dalam perkembangan masa depan seseorang.
• Di peringkat ini kanak-kanak belajar dari orang dewasa/ ahli keluarga bagi membina konsep diri, personaliti, kemahiran motor, penakulan dan kemahiran bahasa.
SOSIALISASI SEKUNDER
• Satu proses sosialisasi rangsangan di luar lengkungan primer (keluarga).
• Proses bagaimana budaya dipindahkan kepada individu melalui agen sosialisasi seperti rakan sebaya, guru, media massa, bahan ditonton/ dibaca, sekolah, gender, dan kelas sosial.
• Individu akan memilih peranan sendiri yang dirasakan sesuai untuk dirinya.
RESOSIALISASI
• Proses seseorang menukar atau mengalihkan konsep diri dan cara hidup sedia ada.
• Boleh berlaku dalam situasi perubahan suasana, citarasa sama ada dalam masyarakat, sekolah, bilik darjah
Ulasan
Catat Ulasan