TOPIK 4 : KEPIMPINAN DAN ORGANISASI
DEFINISI KEPIMPINAN
Satu proses mempengaruhi aktiviti kumpulan dalam usaha menetapkan dan seterusnya mencapai matlamat organisasi
Satu proses di mana seorang individu secara konsisten memberi lebih banyak impak terhadap sifat dan aktiviti kumpulan berbanding orang lain
Proses mempengaruhi kegiatan kumpulan ke arah pencapaian sesuatu hasil yang telah dirancang
DEFINISI ORGANISASI
Sekumpulan individu yang bekerja bersama‐sama ke arah mencapai matlamat yang sama
Himpunan individu (dua atau lebih) yang menjalankan tugas tersendiri mengikut unit kerja, yang diselaraskan untuk mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan.
Satu unit sosial manusia yang bekerjasama dan saling bergantungan antara satu sama lain bagi mencapai matlamat setiap manusia itu dan organisasinya
CIRI ORGANISASI
Mempunyai identiti tersendiri
Mempunyai struktur organisasi atau pembahagian kerja
Mempunyai hierarki atau tingkat autoriti
Mempunyai peraturan, dasar, prosedur dan sistem hubungan bagi menjalankan aktiviti organisasi
STRUKTUR DAN ORGANISASI
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
KPM dibentuk berdasarkan kepada sistem politik dan pentadbiran negara.
Sistem pendidikan di Malaysia merupakan sistem pendidikan berpusat.
TUGAS MENTERI PENDIDIKAN
1. Ketua Keseluruhan Organisasi KPM
2. Penggubal dan pelaksana dasar
3. Merancang & Mengagih Tugas
4. Bertanggungjawab kepada parlimen
5. Membuat keputusan
TUGAS KPPM
1 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Menasihati
2 Menteri tentang hal berkaitan Pendidikan
3 Mengetuai dan bertanggungjawab penuh dalam bidang ikhtisas
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI
Diketuai oleh Pengarah Pendidikan Negeri (Pendaftar) dan dibantu oleh dua orang Timbalan Pengarah.
Bertanggungjawab terhadap pelaksanaan program-program, projek-projek, dan aktiviti pendidikan dalam negeri masingmasing.
Bertanggungjawab terus kepada Ketua Pengarah Pelajaran.
Di Sarawak dan Sabah, Pengarah Pendidikan Negeri bertanggungjawab kepada Ketua Menteri.
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
Mengenal pasti guru-guru yang perlu menghadiri kursus
Kemasukan murid ke sekolah dan pertukaran murid.
Membantu sekolah berkaitan perkembangan kurikulum
Membantu Lembaga Peperiksaan dalam urusan peperiksaan.
Memberi khidmat nasihat kepada pengetua/guru besar 1
STRUKTUR ORGANISASI DI SEKOLAH
PENGETUA
• Pengetua adalah pemimpin di sesebuah sekolah.
PEN. KANAN PENTADBIRAN
• Tugas-tugas PK Pentadbiran meliputi bidang kurikulum, pentadbiran am, pusat sumber, peperiksaan, dan pengkomputeran.
PEN. KANAN HAL EHWAL MURID
• PK HEM bertanggungjawab dalam menguruskan hal-hal berkaitan dengan Unit HEM, disiplin, Kesihatan dan Kebajikan Murid dan Bimbingan dan Kaunseling
PEN. KANAN KOKURIKULUM
• PK Kokurikulum bertanggungjawab dalam urusan pembangunan kokurikulum seperti menjaga hal ehwal badan beruniform, persatuan/kelab, sukan permainan, koperasi dan RIMUP.
GAYA KEPIMPINAN
1 AUTOKRATIK
Dalam konteks bilik darjah, guru hanya memberi arahan dan menentukan segala aktiviti pdpc
Pemimpin autokratik akan menjalankan kawalan yang ketat dan kurang mempercayai orang lain.
Pentadbiran berhierarki dan melibatkan komunikasi satu hala
Penentuan dasar, pelaksanaan pentadbiran, dan aktiviti -aktiviti adalah mengikut keputusan pengetua.
Melahirkan mereka yang patuh dan mungkin tidak menggalakkan perkembangan idea.
Jika ada guru yang mencadangkan pandangan berbeza ia selalu diketepikan.
2 DEMOKRATIK
Pengetua berbincang, menerima dan memberi pandangan. keputusan dicapai menerusi persetujuan majoriti.
Menggalakkan percambahan minda apabila guru -guru diberi peluang memberikan idea.
Proses membuat keputusan menjadi lebih cepat dan lebih baik.
Sesuai dengan persekitaran yang mempunyai ahli yang terpelajar dan tidak berasa malu untuk menyumbangkan pendapat.
Guru -guru mungkin berasa lebih dihargai apabila pandangan mereka diambil perhatian.
3 LAISSEZ-FAIRE
Pemimpin banyak memberikan kebebasan, mempunyai kurang unsurunsur kawalan, dan kurang memberikan pandangan
Pemimpin kurang mengambil bahagian dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti.
Terdapat pihak bawahan/orang diamanahkan mengambil kesempatan daripada kebebasan diberi.
Sesuai diaplikasikan kepada murid yang mempunyai kawalan diri, berinisiatif, dan rajin belajar
Peranan guru hanya sebagai pemudahcara sahaja
4 KONTIGENSI
Mempunyai kaitan dengan faktor-faktor persekitaran, teknologi, orang-orang terlibat
Mengikut keperluan atau mengikut keadaan yang wujud.
Menganalisis kepentingan dan keperluan-keperluan sesuatu keadaan.
Ulasan
Catat Ulasan