TOPIK 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH
PENGENALAN
• Umumnya, bilik darjah ialah tempat berlakunya proses PdPc yang melibatkan pelajar dan guru
. • Khususnya ia merujuk kepada sebuah bilik tempat berlakunya proses PdPc di sekolah.
• Biasanya mempunyai perabot seperti kerusi meja (guru dan pelajar), almari, papan kenyataan, dan papan hitam/putih.
• Bagi mata pelajaran tertentu, perabot dan alatan disediakan bersesuaian dengan mata pelajaran berkenaan.
BILIK DARJAH
• Saiz bilik darjah penting kerana ia menjamin keselesaan murid.
• Ukuran bilik darjah untuk 40 orang murid = 7 m x 9 m.
• Mempunyai ruang yang cukup untuk bergerak dan menjalankan aktiviti.
AKTIVITI KUMPULAN
Dalam kumpulan PBS masing-masing:
1. Bincangkan ciri-ciri fizikal yang perlu ada pada sebuah bilik darjah dalam konteks abad ke 21. Setiap ciri-ciri fizikal yang dinyatakan perlu disertakan justifikasi
2. Buat satu rakaman video (seperti dokumentari, lakonan, temu bual, nyanyian) mengenai hasil dapatan perbincangan tersebut.
3. Muat naik video yang telah dirakam ke facebook KPS 3014 Group K Semester 1 2018/2019
Apa yang perlu ada?
• Aturan meja berkumpulan
• Sudut OPEM dan kriteria kejayaan
• Jadual waktu kelas
• Jadual Tugas
• Peraturan Bilik Darjah
• Sudut Hasil kerja murid
• Sudut Parking Lot
• Sudut Maklumat
• Ruang SantaI
• Sudut Air Minuman
Susun atur bilik darjah 1
Kekuatan:
• Murid yang lemah dalam kelas atau murid yang boleh menjadi guru muda dan pembimbing rakan di kedudukan meja paling hampir dengan guru (M1 – M4).
• Susunan membolehkan murid melaksanakan rangkaian kolaborasi, meningkatkan kemahiran berfikir. Kelemahan:
• Bilangan murid adalah terhad iaitu 28 orang
Susun atur bilik darjah 2
Kekuatan:
• Murid PERMATA (Pelajar Malas Tidak Aktif) yang memerlukan perhatian guru diletakkan paling hampir dengan guru (M1– M10).
• Kedudukan murid M1 – M10 boleh digilirkan bergantung kepada subjek yang tidak dikuasai oleh murid. • Ruang yang besar bagi pelaksanaan aktiviti dalam PdP seperti speed dating, gallery walk, elevator talk dan lain-lain.
Susun atur bilik darjah 3
Kekuatan:
• Pembentukan kumpulan berempat lebih mudah dan pada masa yang sama, ruang tersedia untuk melakukan aktiviti.
Susun atur bilik darjah 4
Kekuatan:
• Ruang untuk aktiviti tersedia di bahagian tengah bilik darjah
. • Susun atur hampir sama dengan susun atur bilik darjah 1.
Susun atur bilik darjah 5
Kekuatan:
• Kedudukan murid (M1-M8 dan M9- M16) boleh digilirkan mengikut minggu
• Kedudukan murid yang paling hampir dengan guru juga boleh digilirkan.
Susun atur bilik darjah 6
Kekuatan:
• Murid PERMATA (Pelajar Malas Tidak Aktif di bahagian tengah lingkaran iaitu M24 – M29.
• Ruang di tengah bilik darjah digunakan untuk aktiviti murid.
Kelemahan:
• Papan putih mudah alih perlu digunakan.
PERALATAN
• Kerusi dan meja murid (mesti sesuai dengan keadaan fizikal murid).
• Papan putih.
• Papan kenyataan (Jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan dan rujukan).
• Rak buku.
• Bahan pengajaran dan pembelajaran
Sudut Objektif Pembelajaran Papan Kenyataan
Parking Lot
• Peluang bertanya
• Peluang mengemukakan idea
• Peluang mengemukakan rasa tak puas hati
• Sesuai bagi yang pemalu Lampu Isyarat Sudut Hasil Kerja Murid
• Hasil kerja murid yang terbaik dipaparkan, dijadikan contoh dan rujukan kepada murid lain.
• Murid dapat membuat penambahbaikan kepada latihan yang diberikan kepada mereka.
ICT SMART BOARD NOTEBOARD NOTE BOARD PUSAT PEMBELAJARAN
• Ruang dalam bilik darjah yang dilengkapi pelbagai bahan sumber dan dibina mengikut kreativiti guru dan murid.
• Digunakan untuk menjalankan aktiviti PdPc secara formal atau tidak formal.
• Diurus secara usahasama antara guru dan murid.
• Peranan guru : Menyelia, membimbing dan mengawal keselamatan, menyenarai bahan dan alat yang ada di pusat pembelajaran untuk pengesanan
. • Peranan murid : Mematuhi arahan guru ketika menggunakan pusat pembelajaran
PENGAJARAN BERKUMPULAN PENGAJARAN BERKUMPULAN
• Kaedah pengajaran yang memerlukan pelajar menjalankan aktiviti dalam kumpulan.
• Pengelompokan murid dibuat berdasarkan tahap kebolehan atau minat.
JENIS KUMPULAN
Mengikut kebolehan
Pelbagai kebolehan
Mengikut minat
KUMPULAN MENGIKUT KEBOLEHAN
• Terdiri daripada pelajar yang sama kebolehan.
• Guru memerhati dan mencatat pencapaian murid-murid dalam aktiviti PdPc dan kemudian secara berhati-hati membahagikan murid-murid pada kumpulan-kumpulan tertentu mengikut kebolehan mereka.
• Dilabelkan sebagai kumpulan cerdas, sederhana atau lemah.
• Memudahkan penguasaan sesuatu kemahiran asas dalam mata pelajaran.
KUMPULAN PELBAGAI KEBOLEHAN
• Terdiri daripada pelajar pelbagai kebolehan dalam satu kumpulan.
• Setiap kumpulan terdiri daripada murid-murid yang berkebolehan dalam pelbagai aktiviti, ada yang pandai membaca, ada yang pandai melukis, dan ada juga yang aktif dalam kerja-kerja praktikal
. • Dibentuk berasaskan tugasan yang diberi.
KUMPULAN MENGIKUT MINAT
• Berdasarkan kepada minat
• Misalnya dalam mata pelajaran pendidikan seni dan muzik.
• Bersifat kekal atau sementara berdasarkan aktiviti, kehendak serta keperluan guru dan murid.
PENGAJARAN INDIVIDU PENGAJARAN INDIVIDU
• Setiap murid memiliki perbezaan dari segi kecerdasan, kebolehan, bakat, cita-cita, dan minat.
• Setiap murid berhak mendapat peluang perkembangan kecenderungan mereka secara menyeluruh.
• Murid akan menguasai kemahiran mengikut tahap kebolehan mereka.
• Guru harus menyediakan situasi pembelajaran yang merangsang murid untuk belajar.
TUJUAN PENGAJARAN INDIVIDU
• Murid dapat menguasai sesuatu kemahiran mengikut kebolehan masing-masing.
• Murid mendapat panduan khusus daripada guru.
• Murid dapat memperkembang kemahiran berfikir dan bertindak dengan sendiri.
• Meningkatkan keyakinan diri murid dan motivasi untuk belajar
Ulasan
Catat Ulasan