TOPIK 9 : PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN

 PENGENALAN 

 Disiplin ialah:

Peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang murid di sekolah bagi mewujudkan tingkahlaku yang baik.

Kesanggupan seseorang murid menghormati dan mematuhi kehendak undang-undang / peraturan-peraturan yang telah ditetapkan sama ada suka atau pun tidak.

Suatu bentuk pengawasan dan membiasakan amalan-amalan yang dikehendaki

 TEORI FUNGSIONALISME 

Menganggap devian sebagai kegagalan pada struktur sosial. 

Devian adalah satu bentuk gangguan disebabkan murid-murid tidak berperanan seperti yang dijangkakan berlaku di sekolah. 

 TEORI KONFLIK

 Devian merupakan tindakan golongan tertindas terhadap pihak yang menindas.

 Di sekolah, devian adalah tindak balas pelajar/sekumpulan pelajar menentang dominasi pihak berkuasa.

 TEORI INTERAKSIONISME 

Devian merupakan suatu proses sosial. 

Pelajar sengaja memilih tingkah laku mengikut kemahuan mereka yang sesuai dengan cara mereka mentafsirkan sesuatu situasi.

Misalnya: Pelajar mentafsirkan bahawa gurunya adalah seorang yang tidak adil menyebabkan mereka melakukan devian.

 SEBAB BERLAKU DEVIAN

 Guru gagal berperanan dalam bilik darjah

 Sikap guru yang tidak menghormati murid

 Ketidakadilan guru dalam penguatkuasaan peraturan 

Mereka suka-suka/bergurau 

Mereka menyalahkan sistem sekolah

 JENIS-JENIS DEVIAN

 Inovasi (innovation)

 Ritual (Ritualism)

 Undur (retreatism)

 Menentang (rebelliation)

 PUNCA DEVIAN 

 Kelas Sosial 

Etnik 

Jantina

 PROSEDUR DISIPLIN DAN SALAH LAKU

  Pendekatan dalam menangani salah laku umumnya adalah berasaskan teguran, nasihat, dan kaunseling. Pendekatan ini dianggap menepati ciri-ciri moraliti moden seperti yang dinyatakan oleh Durkheim. 

Pembentukan disiplin tanpa unsur hukuman terhadap salah laku adalah bercanggah dengan usaha pembentukan individu untuk berfungsi dalam masyarakat. 

Sekolah sebagai masyarakat mikro seharusnya mempunyai ciriciri yang terdapat dalam masyarakat makro. Dlm masyarakat makro terdapat berbagai-bagai hukuman: penjara, buang daerah, hukuman gantung.

 PEMBUANGAN SEKOLAH

 Bersalah bersabit dengan mana-mana kategori salah laku berat.

Telah melakukan salah laku atau tingkah laku yang mengganggu berulangkali dan didapati tidak berubah selepas tindakan memulihnya diambil oleh pengetua / guru besar.

 Tingkah lakunya mendatangkan gangguan yang serius kepada muridmurid lain dan terhadap keseluruhan disiplin sekolah

 PENGGANTUNGAN SEKOLAH

 Arahan di mana seseorang murid itu dilarang dari memasuki kawasan sekolah. 

Penggantungan adalah bersifat sementara dan tidak lebih 14 hari persekolahan.

Dalam keadaan di mana seorang murid berkelakuan liar dan mengganggu sehingga perlu diasingkan dari sekolah 

Menunggu hasil siasatan mengenai cara yang paling sesuai untuk menangani.

 HUKUMAN DERA ‘CORPORAL PUNISHMENT’ 

 Hukuman dera (rotan) boleh dikenakan (kecuali ke atas murid -murid perempuan) tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan dalam Peraturan-peraturan Pelajaran 

Dijalankan oleh Pengetua / Guru Besar sendiri atau oleh seorang guru yang berdaftar yang telah diberikan kuasa secara nyata atau khas iaitu mengikut keadaan [Perkara 6 Ordinan Pelajaran, 1957, Peraturanperaturan Pelajaran

Hukuman dera hendaklah dijalankan dengan menggunakan rotan ringan dan pukulan rotan hanya boleh dibuat pada tapak tangan atau di bahagian punggung yang berlapik. 

Hukuman dera ke atas pelajar perempuan dilarang secara nyata 

 HUKUMAN PENAHANAN ‘DETENTION

 Hukuman penahanan adalah untuk mengawal murid-murid supaya tingkah lakunya pada masa akan datang diharap dapat dipengaruhi dan dibaiki dengan cara menafikannya dari menikmati dan menggunakan masa lapangnya. 

Arahan penahanan itu hendaklah menentukan masa dan jumlah jam ditahan seseorang itu ditahan.

Kehadiran kelas penahanan mendatangkan kesan mencegah kepada murid berkenaan dan juga murid yang lain.

Aktiviti penahanan hendaklah merupakan sesuatu yang berfaedah dan membina.

 HUKUMAN AMARAN

 Hukuman amaran adalah sesuai apabila Pengetua / Guru Besar atau guru yang diberi kuasa setelah mempertimbangkan keadaan, jenis salah laku dan kelakuan murid yang telah melakukan salah laku itu, berpendapat bahawa adalah kurang wajar dikenakan hukuman yang lebih berat lagi. 

Tindakan hukuman amaran merangkumi Amaran 1, 2, dan 3 bagi kategori salah laku ringan, Amaran dan Amaran keras bagi kategori salah laku sederhana dan Amaran Keras bagi kategori salah laku berat.

 Tatacara menangani masalah disipli

1 Menerima aduan salah laku pelajar/murid. 

2 Memastikan akan kebenaran aduan yang diterima.

3 Setelah pasti,buat siasatan utk membuktikan kesalahan pelajar / murid.

 3.1 Kes tersebut dibicarakan.

 3.2 Pelajar mempunyai hak utk membela diri supaya pengetua/guru besar dpt mempertimbangkan dengan seadilnya

3.3  Seorang pelajar belum bersalah jika tidak terbukti kesalahanya.

 3.4 Sekiranya pelajar membuktikan bahawa tidak bersalah, pengetua/guru besar buat keputusan bahawa tuduhan tiada bukti

3.5 Seorang pelajar belum bersalah jika tidak terbukti kesalahanya. Pelajar mempunyai hak utk membela diri supaya pengetua/guru besar dpt mempertimbangkan dengan seadilnya 

4.Hukuman

4.1 Jatuhkan hukuman dengan adil 

4.2 Hukuman yg dikenakan tidak sepatutnya disesuaikan dgn kesalahan tetapi kpd latar belakang pelajar itu. 

4.3 Elakkan hukuman yang merugikan pelajar contoh,gantung sekolah denda wang dan larangan outing. 

4.4 Hukuman hendaklah berbentuk pengajaran & pendidikan yg boleh menginsafkan pelajar 

4.5 Jangan menjatuhkan hukuman yang berbentuk penderaan

4.6 Jangan menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa dengan menjatuhkan hukuman yang boleh mencederakan pelajar 

4.7 Hukuman berbentuk rotan dijalankan diatas tapak tangan atau punggung yg beralas.

 PEKELILING PERKHIDMATAN

 SURAT PEK.IKHTISAS BIL: 7/2003 KUASA GURU MEROTAN MURID 

 SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.6A / 1975 Disiplin – Murid-Murid Menghisap Rokok 

 ORDINAN PELAJARAN 1957 PERATURAN DISIPLIN 1959

 PERATURAN 4 DALAM PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN

 PERATURAN 5 DALAM PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN (DISIPLIN SEKOLAH) 1959: (KUASA-KUASA GURU BESAR)

 PERATURAN 6 PERWAKILAN KUASA OLEH GURU BESAR

 PERATURAN 8 KUASA GURU BESAR MENGGANTUNG PERSEKOLAHAN ATAU MEMBUANG MURID DARI SEKOLAH 

 PERATURAN 10: RAYUAN

 PERATURAN 11 CATATAN DIBUANG SEKOLAH DALAM SIJIL BERHENTI SEKOLAH

 PERATURAN 12 SYARAT MASUK BALIK SEKOLAH


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TOPIK 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

TOPIK 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

TOPIK 12 : PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA