TOPIK 10 : PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

 KOMPONEN PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

 KONSEP BIMBINGAN

 Bimbingan merupakan keseluruhan perancangan aktiviti-aktiviti dalam membantu pelajar mengalami cara-cara untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan mereka

 CIRI-CIRI BIMBINGAN

 Bimbingan merupakan aktiviti yang dirancang. Ia bukanlah kegiatan yang dilakukan secara kebetulan, secara tiba-tiba, tidak sengaja dan sambil lewa tetapi ia adalah satu kegiatan yang tersusun, sengaja, berencana, berterusan dan mempunyai arah tujuan.

 KONSEP PENASIHATAN

 ▪ Nasihat ialah ajaran, petunjuk yang baik, peringatan mengusulkan, mengesyorkan atau menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal

 CIRI-CIRI PENASIHATAN

 ▪ Berfokus kepada permasalahan yang dihadapi daripada menumpukan kepada diri individu yang bermasalah.

 ▪ Berbentuk arahan atau suruhan daripada seorang yang dianggap lebih berautoriti kepada seorang lain. Orang yang berautoriti ini adalah lebih berpengalaman, banyak pengetahuan, mempunyai kelayakan dan pengiktirafan. 

▪ Memberi nasihat adalah strategi yang paling cepat untuk mengatasi permasalahan jika nasihat itu meninggalkan kesan.

 PROSES BIMBINGAN DAN PENASIHATAN

 Fasa 1: Kesedaran guru sebagai pembimbing dan penasihat pelajar 

Fasa 2: Menguasai kemahirankemahiran asas bimbingan dan penasihatan

 Fasa 3: Proses mengenali pelajar

 Fasa 4: Proses membimbing pelajar 

 Fasa 5: Analisis penilaian 

 MENTORING KONSEP MENTORING

 ▪ Mentoring mengambarkan wujudnya perhubungan berterusan antara individu (mentor) dengan individu atau sekumpulan individu (mentee) bertujuan meningkatkan tahap professionalisme mantee.

 ▪ Mentoring bermaksud membimbing dan menyokong pelajar (mantee) supaya beliau dapat melalui satu transisi sukar dengan lebih mudah, tentang melicinkan tatacara, yang dapat membenarkan, menyakinkan di samping mengurus dan mengarahkan

 KONSEP MENTORING 

▪ Dalam konteks pendidikan, mentoring adalah gabungan melatih (coaching), kauseling, dan penilaian mentor untuk membantu mantee mendalami perkembangan profesional. 

▪ Mentor ialah individu berpengalaman/berpengetahuan dalam sesuatu bidang manakala mantee adalah individu/sekumpulan individu yang ingin maju dalam bidang berkenaan

 PROSES MENTORING

 Menjalin Perhubungan

 Merundingkan persetujuan/ perjanjian

 Perkembangan professional mantee

 Menamatkan Perhubungan 

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TOPIK 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

TOPIK 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

TOPIK 12 : PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA