TOPIK 11 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA
Definisi Budaya
• Budaya merujuk kepada ciri-ciri atau hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya
• Budaya adalah keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk keupayaan yang diperolehi oleh seseorang sebagai ahli masyarakat
• Budaya adalah proses sosial di mana budaya dan struktur sosial adalah saling berkaitan
Definisi Pelbagai Budaya
Satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosiobudaya, dan menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam konteks dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan
Perbezaan Individu dan Proses
Pembelajaran
• Pelajar adalah berbeza dari segi bangsa, agama, minat, taraf ekonomi keluarga, gaya pembelajaran, keupayaan, dan jangka masa yang diperlukan untuk belajar.
• Sebahagian pelajar memerlukan bimbingan secara terus oleh guru namun terdapat sebilangan pelajar pula mampu belajar secara berkesan dengan penglibatan guru yang minimum.
• Guru perlu menggunakan kaedah dan teknik pengajaran yang berbeza sejajar dengan peranan sekolah sebagai institusi pendidikan inklusif.
JENIS-JENIS PEMBEZAAN
• Isi Kandungan : Pembezaan kaedah mengajar yang melibatkan perbezaan isi kandungan.
• Minat : Pembezaan pengajaran isi kandungan boleh dilakukan mengikut minat pelajar.
• Kadar: Pembezaan kadar belajar merupakan jenis pembezaan yang paling kerap digunakan oleh guru.
• Tahap: Pembezaan kadar belajar diikuti oleh pembezaan dari segi tahap.
• Akses: Pembezaan dari segi akses melibatkan guru menyediakan aktiviti
• Respons: Pembezaan akses (kepada sumber) memberi peluang kepada pembezaan respons pelajar
• Urutan: Pembezaan urutan kandungan kurikulum membolehkan pelajar memilih untuk menumpu kepada topik-topik tertentu dalam sukatan pelajaran sesuatu subjek.
• Struktur:Pembezaan struktur berlaku apabila pengajaran dirancang supaya pelajar belajar isi
kandungan secara menyeluruh manakala yang lain belajar secara langkah demi langkah
• Masa guru: Masa dan perhatian guru untuk pelajar- pelajar tertentu berlaku secara tidak terancang kerana guru tidak merancang masa mereka.
• Stail pengajaran: Pembezaan stail pelajaran adalah perlu supaya guru dan pelajar tidak menjadi bosan
• Pengumpulan: Guru mengamalkan pengumpulan sebagai satu kaedah pembezaan. gka
PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA
• Pendidikan pelbagai budaya ialah proses atau strategi pendidikan yang melibatkan lebih daripada satu budaya, yang ditunjukkan melalui bahasa, etnik, atau ciri-ciri ras
• Pendidikan pelbagai budaya boleh berlaku dalam pendidikan formal atau tidak formal.
• Tujuan pendidikan pelbagai budaya adalah untuk mewujudkan kesedaran, toleransi, pemahaman, dan pengetahuan yang mengambil kira perbezaan dan persamaan antara budaya dan kaitannya dengan pandangan dunia, konsep, nilai, keyakinan, dan sikap
Teori Sosial Pendidikan Pelbagai Budaya
Melting Pot 1: Anglo Conformity
Melting Pot II: Ethnic Synthesis Cultural Pluralism (Mosaic Analogy)
Prinsip Pendidikan Pelbagai Budaya Berkesan
• Pendidikan pelbagai budaya adalah pendidikan asas untuk menyediakan semua pelajar bagi memberi sumbangan secara maksimum dalam kehidupan dunia masa sekarang.
• Pendidikan pelbagai budaya harus termasuk dalam setiap kurikulum.
• Pendidikan pelbagai budaya meliputi tujuan-tujuan pembelajaran afektif dan kognitif
• Populasi pelajar dengan latar belakang yang pelbagai akan mengarah kepada pembelajaran yang terbaik bagi setiap individu pelajar
Dimensi Pendidikan Pelbagai Budaya
• Content integration = mengintegrasikan berbagai budaya dan kelompok untuk mengilustrasikan konsep asas, generalisasi dan teori dalam mata pelajaran disiplin ilmu.
• The knowledge construction process = membawa pelajar untuk memahami implikasi budaya ke dalam sebuah mata pelajaran.
• An equity pedagogy = menyesuaikan kaedah pengajaran dengan cara belajar para pelajar dalam rangka membimbing prestasi akademik pelajar yang pelbagai baik dari segi ras, budaya ataupun sosial
• Prejudice reduction = mengenal pasti kriteria dan ciri-ciri budaya pelajar dan menentukan kaedah pengajaran yang sesuai untuk mereka. Ini adalah bagi mengurangkan perasaan prejudis terhadap budaya kaum lain.
• An empowering school Culture and Social Structure = melatih kelompok untuk menyertai dalam kegiatan olahraga, berinteraksi dengan seluruh staf dan pelajar yang berbeza etnik dan ras dalam membentuk dan memperkasakan budaya sekolah dan struktur masyarakat.
Ulasan
Catat Ulasan