TOPIK 3: PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN

 DEFINISI PENGURUSAN 

 • Proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan.

 •Pengurusan mencakupi bagaimana sumber-sumber seperti kewangan, manusia dan alat-alat digembleng dan digunakan untuk mencapai matlamat organisasi.

 PENGURUSAN BILIK DARJAH

 1. Tindakan guru untuk mewujudkan persekitaran yang menggalakkan interaksi sosial yang positif, mewujudkan penglibatan pembelajaran aktif, dan meningkatkan motivasi kendiri murid

 2. Usaha mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan di sekolah. Ia juga merujuk kepada kemampuan mengurus perlakuan murid supaya tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran 

 DOMAIN PENGURUSAN BILIK DARJAH 

 •Menyusun Persekitaran fizikal 

 •Menguruskan Tingkah laku pelajar 

 •Mengalakkan Suasana bilik darjah yang selamat 

 •Mengurus proses pengajaran Berinteraksi dengan stakeholder 

 TAHAP PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH 

 •Perancangan

  •Implementasi 

 •Penilaian 

 PRINSIP PENGAJARAN

 Set Induksi

  • Aktiviti ringkas

 • Menarik minat

 Penyampaian 

  • Langkah sesuai dengan

 • Masa?

 • Bahan?

 • Aras pencapaian?

Penutup

• Rumusan 

• Penilaian 

• Mengukuh isi 

 PENGETAHUAN PROFESIONAL GURU 

 •Pelajar

 • Pedagogi

  •Kurikulum 

 •Kontenpedagogi

  •Kandungan mata pelajaran 

 •Konteks pendidikan di Malaysia

 • Tujuan dan falsafah pendidikan di Malaysia 

 PENGURUSAN SEKOLAH

  •Organisasi yang unik 

 •Sekolah dan sistemnya adalah organisasi manusia

 • Manusia adalah modal insan atau aset utama sesebuah negara

  •Berkait dengan pembangunan diri manusia 

 DEFINISI PEMBELAJARAN

 1. Proses di mana pengalaman menyebabkan perubahan dalam pengetahuan dan tingkah laku yang kekal 

 2. Perubahan sistematik dalam tingkah laku atau penyusunan tingkah laku yang berlaku hasil dari pengalaman dalam situasi yang tertentu 

 PRINSIP PEMBELAJARAN

  •Kesediaan pembelajaran 

 •Maksimumkan pengalaman – pelbagai deria 

 •Latihan

  •Suasana Pembelajaran Kondusif

  •Penglibatan aktif

 • Persediaan awal 

 •Unsur Dorongan 

 STRATEGI PENGURUSAN PEMBELAJARAN 

Berpusatkan Guru

1. Guru menguasai proses PdPc.

 2. Guru mengarah pemikiran dan penglibatan pelajar. 

3. Cth: kuliah, penghafalan, menyalin nota, membuat latihan serta soalansoalan yang diberi oleh guru. 

  Berpusatkan Pelajar

1. Pelajar mengambil alih sedikit tanggungjawab untuk apa yang diajar dan bagaimana ia dapat mempelajarinya. 

2. Murid digalakkan untuk melibatkan secara aktif dalam aktiviti. 

3. Pengajaran dijalankan secara individu atau kumpulan-kumpulan. 

Berpusatkan Bahan 

 1. Guru menggunakan bahan pembelajaran untuk menjalankan pengajarannya.

 2. Bahan pembelajaran yang diperlukan akan disusun mengikut kesesuaian perancangan.

 3. Guru berperanan sebagai pembimbing. 

 FAKTOR MEMPENGARUHI KESEDIAAN BELAJAR

 Kematangan fizikal

 • Berupaya dari segi kognitif, afektif dan kemahiran

 Mengekalkan perhatian

 • Beri tumpuan pengajaran guru, tumpuan mendengar, tumpuan minat  

 Dorongan

• Penggerak untuk menimbul dan mengekalkan minat 

 Sosial dan persekitaran

 • Kesediaan menerima orang lain, prihatin terhadap sekitar, tidak egosentrik  

Pengalaman

• Murid lebih sedia dan yakin belajar sekiranya bahan pembelajaran berkaitan dengan pengalaman mereka

 PROSES PEMBELAJARAN 

Penanggapan

 • Membentuk persepsi terhadap rangsangan

 Pemprosesan dan Penyimpanan

 • Maklumat diproses dan disimpan sebagai pengalaman/ ingatan sekiranya berguna.

 Pengalaman dipanggil Semula

 • Diguna bagi menyelesaikan masalah/mencapai matlamat 

• Jika tidak digunakan ia akan hilang dan dilupakan

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TOPIK 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

TOPIK 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

TOPIK 12 : PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA